KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menghormati Triti Pembatasan Sempadan Maritim di Laut Sulawesi (Triti Laut Sulawesi) antara Malaysia dan Indonesia yang ditandatangani pada 8 Jun lepas, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya dalam menghormati perjanjian itu, kerajaan Sabah mahu memastikan bahawa hak negeri terus terpelihara dan semua isu diselesaikan secara aman dalam rundingan yang sedang dijalankan berhubung perkara berkenaan.
"Sabah sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan terkini dan rundingan yang sedang dijalankan bagi menentukan sempadan serta kawasan yang menjadi pertikaian dalam sempadan maritim kita," katanya dalam kenyataan hari ini, yang diedar selepas beliau mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di Menara Kinabalu di sini.
Dalam mesyuarat itu Hajiji telah diberi taklimat peringkat tinggi mengenai perjanjian berkenaan oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Luar, Peguam Negara Persekutuan Alfian Yang Amri, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim Kementerian Luar Negeri Datin Paduka Nur Ashikin Mohd Taib, dan Timbalan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Powzy Mohd Som.
Jawatankuasa itu dimaklumkan bahawa Triti Laut Sulawesi hanya menyentuh sempadan laut wilayah di luar Pulau Sebatik, bukan pelantar benua dan di luar Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
Hajiji juga berkata triti yang ditandatangani semasa lawatan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia itu telah hangat diperdebatkan di persidangan Parlimen baru-baru ini.
"Ia telah dijadikan sebagai isu politik, dan ada fakta-fakta yang dimanipulasi," katanya.
Pada 8 Jun lepas dalam lawatan Presiden Indonesia itu ke Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Joko Widodo telah menyaksikan majlis menandatangani beberapa instrumen, yang salah satu daripadanya ialah Triti Laut Sulawesi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Hajiji berkata triti yang ditandatangani semasa lawatan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia itu telah hangat diperdebatkan di persidangan Parlimen baru-baru ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera dan Stacy boleh tarik nafas lega
Putera dan Stacy berada ditangga dua terbawah selepas masing-masing memperoleh markah 71.33 peratus dan 74.21 peratus daripada juri tetap.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Sabah hormati Triti Laut Sulawesi, pastikan hak negeri terpelihara - Ketua Menteri
Kerajaan Negeri akan menghormati Triti Pembatasan Sempadan Maritim di Laut Sulawesi (Triti Laut Sulawesi) antara Malaysia dan Indonesia yang ditandatangani pada 8 Jun lepas.